Thursday, April 12, 2007

SK Seri Bunian di jari anda!


Assalamualaikum semua, Selamat Melayari Blog Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Akhirnya sekolah kami mempunyai laman blog sendiri. Silalah jenguk teratak web kami ini. Jika ada sebarang pertanyaan, aduan atau komen, sila hubungi kami di alamat tertera. Terima kasih.

Tuesday, April 10, 2007

Barisan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Seri Bunian





Guru Besar
Pn. Hajah Rosnah bt. Md. Yusoff











Guru Penolong Kanan 1
En. Norman b. Hj. Mahmud












Guru Penolong Kanan HEM
Pn. Faedzah bt. Kasim











Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Pn. Shamsiah bt. Hj. Shapie

Monday, April 09, 2007

SKSBN Penuh Bervisi

VISI SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNIAN, PONTIAN, JOHOR
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM DAERAH PONTIAN PADA TAHUN 2010.


MISI SEKOLAH
UNTUK MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNIAN, PONTIAN, JOHOR CEMERLANG DALAM BIDANG PELAJARAN MELALUI USAHA-USAHA YANG BERTERUSAN DALAM BIDANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, SAHSIAH, PENGURUSAN, KEPIMPINAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.



Sunday, April 08, 2007

Sejarah SKSBN Sepintas Lalu

Tahun 1947
Kediaman En. Mohd. Yusof b. Hj. Abd Rahim, Ketua Kampung 33, Jalan Johor, Pontian telah menjadi detik bermulanya sejarah Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Rumah beliau telah dijadikan bangunan pertama sekolah ini. Cikgu Tauhid b. Marwat dan Cikgu Othman b. Ghaiman telah menjadi guru perintis, berkhidmat kepada 40 orang murid lelaki dengan gaji 40 sen bagi setiap murid.


Tahun 1948
Sekolah ini berpindah ke tapak Bangunan Balai raya yang dimiliki oleh En. Ratijan b. Badron.

Tahun 1952
Sekolah ini berpindah ke tapak Bangunan Masjid Lama kampung ini di Parit Mad Yakin Timur. Bangunan ini dibina secara gotong-royong di mana semua bahan binaan disediakan oleh kerajaan. Ia dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 33, JALAN JOHOR dengan bilangan 90 orang murid hingga setakat Darjah Tiga.


Tahun 1959
Satu bangunan telah dibina di tapak sekolah sekarang. Ketika ini ia digunakan oleh Sekolah Agama Seri Bunian. Ia dibina secara gotong-royong di atas tanah seluas 1 ekar, dibeli dari Hj. Siraj b. Adi Yasa dengan harga RM800 (bantuan kerajaan RM300 dan sumbangan dari RIDA sebanyak RM500). Sekolah ini dikenali sebagai SEKOLAH UMUM BATU 33, JALAN JOHOR, PONTIAN.


Tahun 1960
Sekolah Kebangsaan Umum Batu 33, Jalan Johor, Pontian, mula digunakan di bangunan ini. Sebatang anak sungai mengalir berhampiran sekolah ini. Dikatakan sungai ini sentiasa berbunyi. Sekolah ini mula dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “SERI BUNYIAN”. Pada tahun 60-an, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mencipta lagu “Puteri Seri Bunian” dan telah diminati ramai. Ekoran dari peristiwa ini dan mengindahkan lagi nama sekolah ini, ia dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNIAN.
Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohd. Salleh. Beliau adalah Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.


Tahun 1966
Kementerian Pelajaran (ketika itu) telah membina 2 blok bangunan kayu yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 pejabat Guru Besar dan 1 bilik rehat guru.

Tahun 1987
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah 1 blok bangunan 2 tingkat dan 1 blok kantin. Ia mula digunakan pada tahun 1988.


Tahun 2001
2 blok bangunan kayu telah dirobohkan dan digantikan dengan 1 blok bangunan batu 4 tingkat. Bagi menampung kekurangan bilik darjah ekoran pembinaan ini, sebahagian murid terpaksa menumpang belajar di Sekolah Agama Seri Bunian.

Tahun 2002
Sekolah ini telah dinaikkan taraf dari Gred B kepada Gred A. Bangunan 4 tingkat ini siap dan mula digunakan pada tahun 2003.

Friday, April 06, 2007

Pelan Lokasi Sekolah

Wednesday, April 04, 2007

Lagu Sekolah

CITA USAHA JAYA

Kau ibarat pelita hati
Menerangi cahaya
Jasa baktimu disanjung tinggi
Kekal abadi
Padu tenaga putera dan puteri
Semoga berjaya.
Cita-cita usaha jaya
Kemegahan namamu
Terus berusaha amalan kita
Mencapai cita
Rukunegara panduan semua
Disiplin harmoni.